Bahagia Kita Di Sini….Satu Renungan

IMG-20140107-WA0001

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku lihat dunia. Bukak facebook, twitter, baca sekadarnya…baca berita pula. Teruk dunia kita ni. Teruk sangat wehh. Rasa biasa je? Memanglah sebab jasad anda minda anda fikiran anda tertakluk pada keadaan di Malaysia je. Aku nasihat banyakkan membaca. Paling sedih, umat Islam sebenarnya. Aku rasa mostly negara islam berantakan. Luaran dan dalaman. Kalau bukan masalah negara, masalah pemuda dia. Bila pemuda sesuatu negara itu rosak, maka tunggulah masa depan negara tu.

Aku sedih melihat suriah, setiap hari, tak kira muda tua kanak-kanak habis dibunuh tentera Assad Laknatullah. Aku lihat Falastin, sampai la nie, masih dijajah Zionis Laknatullah dan sekutunya. Aku lihat pula mesir, Allahu rabbi…inilah harga yang perlu dibayar demi islam ditegakkan semula. Masya Allah, Allahu Akbar, Allah memang sedang menguji hamba-hambaNya. Siapa nak selamatkan mereka dan kita, tak tengok lagi orang-orang Rohingya, kehidupan rakyat belah Afrika sana. Saban hari, bergaduh dan bergaduh. Bunuh sana bunuh sini. Cuba baca tentang pakistan afghanistan, sampai bila depa ni nak duduk bawah telunjuk US partly laknatullah. Malaysia pun sama. Alhamdulillah kita tak sampai lagi ke tahap bunuh sana sini semberono. Tapi tengok pada akhlak kita, penghayatan Islam dalam hidup kita. Sedih aku. Sedih dengan diri sendiri sedih tengok orang lain jugak. Persoalan, sampai bila kita nak duduk dalam keadaan hina ini. Kita yang dulu adalah singa di medan perang dan rahib di malam hari, Islam hebat, Islam takluk itu dan ini, Islam penuh kebaikan kasih sayang kebijaksanaan kemajuan kehebatan. Allah Maha Hebat, menghantar seorang rasulullah SAW yang hebat, berjaya melahirkan para sahabat yang super saiya, tabi’ tabieen yang mewarisi kehebatan itu. Membebaskan Masjid alAqsa, konstantinopel dari genggaman kuffar. Lihatlah kita sekarang, dipijak-pijak bagai tiada nilai. Ya Allah ya rabbi ya raheem ya rahman. Sampai bila kami akan betul sedar dengan ketenatan umat islam ini?
Bantulah kami, jangan biarkan kami menzalimi diri sendiri dan orang lain. Kuatkan kami. Tunjukkan kami. Sedarkan kami sebelum segala-galanya tidak berguna lagi. Ya Allah golongkan kami dalam golongan hambaMu yang membantu agama suci Mu ini TT.TT .

Tak mampu lagi rasanya, saban hari nak melihat gambar-gambar sedih menyayat hati. Cukuplah!

Hidup sebagai Pengembara

Hidup sebagai Pengembara

Bismillahirrahmanirraheem.

Setelah sekian lama tak berupdate blog ni, bertahun berlalu. Ye aku tahu blog ini tiada yang baca, memang itu tujuan aku. Blog ni sekadar tempat meluahkan kata dan rasa(maaf tak reti mengayat-ayat ni). Tanpa perlu orang lain menyedarinya. Ini sekadar menyedarkan aku, dengan penulisan ini. Macam-macam yang telah berlaku dalam hidup aku. Macam sampan di lautan yang bertahun-tahun berlayar dan masih belum sampai ke pesisir pantai. Akan terus berlayar….

Gambar di atas, adalah di pantai Cherating berhadapan Hotel Bay-View. Cantikkan? itulah ALLAH. Model manusia dalam tu, abah and auni.

Image

Bismillahirrahmanirraheem.

Assalamualaikum, peace be upon you. Allahumma solli ala muhammad.

huh, mengeluh lelah sebentar. kecewa dengan diri. sukar nak konsisten dengan tulis blog ni. tapi alhamdulillah Allah kekuatan dan ilham untuk mencoret sikit.

Insya Allah post kali ni, mengenai jaulah aku ke bandung. Jaulah bersama ikhwah akhawat. hehe even jaulah tu bukan “kami” punya. sebab kami pergi under organisasi pelajar, FRC di uia. jadi bawa nama uia lah pun :). Jaulah kami selama 4 hari. bertolak dari cfs pj 3.45am ke KLIA, landing di jakarta ber bas comel ke bandung. disambut dan dilayan pak dikie sepanjang perjalanan. dari kami landing di jakarta sampai kami nak bertolak balik ke jakarta dari bandung. dia santuni kami, dibantu pak budi. dalam bas kami tidur je. dipanggil  turun kami makan. haha.ini makan pertama kami di indon. lambakan lauk pauk, termasuklah otak sapi yang disangkakan telur ikan.hihi.

DSCN0047

habis makan. masuk bas…lihat alam keliling sat, mata berpinau. akhirnya ketiduran. tapi ade je yang steady, tetap cool menikmati suasana indonesia. selepas 3 jam peralanan akhirnya alhamdulillah sampai la kami di daarut tauhid. jamak takhir pun dilaksanakan. alhamdulillah :). kemudian kami dibawa untuk menyantap walaupun sebenarnya kenyang lagi. then kami ke hall di daart tahid. pok pek pok pek ucapan persembahan senyum senyum gelak gelak tausiyah. dapat kutip mutiara 7 cinta dari sini.  alhamdlillah selesai. bergambaq sikit. maghrib masuk. jamak takdim dulu. pahtu baru gerak ke tempat penginapan kami.

pintu masuk ruang solat untuk akhawat

pintu masuk ruang solat untuk akhawat

Masjid Daarut Tauhid
Masjid Daarut Tauhid

Tempat bersantap

Tempat bersantap

DSCN0062

Scenery di Daarut tauhid

Scenery di Daarut tauhid

7 cinta

7 cinta

samai kat temat tdr dah malam. ikhwah dapat hotel tapi akhawat dapat homestay banglo lagi best woooo. hehehe. kami sikit tapi rumah besar. conquer la kan. hihi. cuma kami memang kena jalan sikit nak masuk dalam homestay sebab dia dalam kawasan perumahan.

taman ditengah2 dalam rumah

taman ditengah2 dalam rumah

 

 

 

DSCN0084

pintu depan

pintu depan

20130520_024344

taman luar rumah

taman luar rumah

taman itu

taman itu

20130520_024321

balkoni

balkoni

20130520_024344

 

akan bersambung

 

 

   Bismillahirrahmanirraheem.  Assalamualaikum, peace be upon you. Allahumma solli ala

Jumaat! jom bersedekah banyak-banyak!

Dzulkhairi's Weblog

Syaitan sering menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan sehingga mereka berasa takut untuk bersedekah (Ayat 268: Al-Baqarah). Manusia pula, apabila diberi segunung emas, ia inginkan segunung emas lagi (Hadis). Mereka lebih melihat kepentingan dunia, tetapi tidak bersedia dengan tanaman akhirat. Terdapat manusia terlalu kedekut tanpa menyedari bahawa segala-galanya datang daripada Allah SWT (Katakan: Semuanya datang daripada Allah). Mereka dikuasai perasaan kedekut sehingga melupakan erti persaudaraan sesama manusia. Maka, kertas ini akan membincangkan kelebihan bersedekah untuk menerbitkan semangat suka bersedekah di kalangan kita.

1- Kelebihan bersedekah

1.1- Amal digandakan sehingga 700 kali ganda

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Ia merupakan satu bukti bahawa Allah SWT berkuasa menggandakan amal kebaikan kita kepada 700 kali…

View original post 1,265 more words

blog ni. subhanAllah.. 🙂

Shafiqolbu

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

.

A.    Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. 

View original post 2,367 more words

Cemburu Dalam Ukhuwah

Image

Bismillahirahmnanirrahim.

Assalamualaikum,

Tadi aku bersiar-siar kat google chrome selepas makan asam yang masam sambil mencari bahan untuk kawan aku untuk dia punya assignment. Maka takdir Allah, dipertemukan aku dengan satu web ni yakni I LUV ISLAM. Hati sedikit tersentap, tapi sentapan tema kasih sayang insya Allah. Ni lah ayat yang jadikan aku terfikir tentang masa lalu(takde la lalu sangat pun sebenarnya)..ehem, ehem.

 

(WARNING!!! BERIKUT ADALAH DARI,milik ALLAH CUMA TELAH DIILHAMKAN KEPADA SEORANG PENULIS, yang pasti bukan akulah),

 

“Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..”

 

Ye memang pendek coretan dia tapi kesan untuk aku panjang. Ia membuatkan aku terfikir, ye memang ada betulnya kat situ. Kau pernah rasa ukhuwah seperti ini…seperti engkau dah jumpa soul mate, kawan sejati, memang dia tercipta untuk kau, hidup tidak berseri tanpa dia and la la la la~~~ (PERHATIAN! ukhuwah yang aku cuba nak tekankan kat sini adalah SESAMA JANTINA TAU).

 

Pernah tak? Pernah tak? Mesti pernah….. Okay jangan menipu diri sendiri tau. Allah nampak tu.

 

Hubungan ukhuwah yang antum antunna sebutkan atas dasar fillah tu. Ye ukhuwah fillah. Berhubungan, bersaudara kerana Allah. ok STOP! rasa macam tak inline pulak ayat aku nih…takpelah asalkan tak lari tajuk. ok sambung sambung…..

 

Sebenarnya seberapa banyak dari kita yang selama ini dok laung uhibbuki fillah uhibbuka fillah uhibbukum fillah, betul-betul faham betul betul memaknai maksud ukhuwah fillah tu. Kadang ada yang tersasar dalam hubungan….heyy bukan jadi homo atau les tau, itu HARAM!!! Yakni tersasar, tergelincir dalam ukhuwah bermaksud you take the person as your’s. You ambik that person as your property. hak muktamad ! Siap doa lagi ya Allah letakkanlah kami satu sekolah, satu university, satu usrah, satu tempat kerja ahh dan segala serbi satulah…Alhamdulillah la bukan satu suami.hihi.

Ye aku pun pernah macam tu dulu. Hubungan ukhuwah fillah in bracket tu akan sampai klimaks bila datang orang kedua atau ketiga atau juga keempat dalam hidup antara antum berdua. Mulalah rasa tak senang duduk, bila si dia mesej org lain lebih dari kau, bila si dia jumpa org tu lebih dari engkau sendiri, sembang dgn org lain lebih byk jam dari kau, dan segala-galanya lebih dari kau. Kau rasa kau telah dikhianati. Dan mulalah kau bawa diri terus mengutuk secara monolog kenapalah Allah temukan aku dengan dia…dia bukan sayang kat aku pun. Tengok sekarang bila dah jumpa orang lain, aku disisihkan.(SEBENARNYA kau yang perasan lebih, dia tak sisihkan kau cuma masa dia diperlukan untuk orang lain). And again kita kembali kepada ukhuwah fillah yang sebenar. Bila dikatakan KERANA ALLAH, maka by hook or by crook anything happens you kena redha. Mencintai, menyayangi tu biarlah bersederhana. Tapi kalau masuk bab rasulullah SAW dan ALLAH SWT…sila semaksima mungkin.CINTA.SAYANG.

 

Lebih-lebih bila dalam arena dakwah ni, hati tu mudah sangat tertaut antara akhawat dengan akhawat dan ikhwah dengan ikhwah. Mudah sangat. Benarlah bila disebut kerana Allah pastikan akan dipermudahkan. Alhamdulillah. Cuma perlu selalu ingat ye manusia datang dan pergi dan kita tiada hak untuk kata dia milik kita. Dia milik ALLLAH. Betulkan niat balik bila dah kata ini ukhuwah kerana Allah. Bila kata kerana Allah, pastilah ALLAH jadi tunjangnya. Serba serbi Allah. Jangan cepat menggelupur bila ade tragedi perasaan berlaku, kembali pada Allah…muhasabah diri, kenapalah Allah hantar manusia ini kepada aku?  MANUSIA BUKAN MILIK SESIAPA MELAINKAN MILIK ALLAH. “MELAKAR CINTA ALLAH MELALUI MANUSIA.”

 

WASSALAM.

 

p/s Aku sendiri pernah terjebak dalam situasi di atas dulu. Siang malam asyik ingat kat dia…ya Allah memang cukup sayanglah aku katakan. Macam kau rasa dia milik kau seorang. Segala masalah suka dan duka terasa nak cerita kat dia. Kau terasa dia seoranglah yang mampu sentuh hati kau dan bla bla bla. Tapi alhamdulillah perasaan aku dan lama sebab benarlah orang kata cinta kasih sayang tak jadi kalau bertepuk sebelah tangan. Itulah yang berlaku kat aku, aku tak zahirkan pun rasa sayang aku…simpan dalam hati. Aku dapat rasakan yang dia jugak ada perasaan sama macam aku. Tapi dua-dua malu-malu kucing atau aku dilihat sangat firm dan perasaan2 itu bukan mainan aku? atau? wallahua’lam. Tapi we are still friends cuma perasaan sebenar tu ALLAH SWT yang tahu. Heyy…! i talk about sayang sesama jantina je tau dan ia tak melebihi apa yang ALLAH SWT dan ar-Rasul SAW ajarkan. And as time passed, alhamdulillah perasaan pada si dia yang Allah temukan dengan bersebab tu faded away…taklah kuat sangat, You know cinta Allah nilai dia tinggi dan sangat bernilai. Kejar itu ye!

 

Image

Cinta Dakwah dan Tarbiah

Image

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum….

Mohon maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin sengaja atau tidak dilakukan. Moga Allah berkenan mengampunkan aku. HambaMu yang setiap hari buat dosa…Allahu rabbi. Astaghfirullah.

Kali ni aku nak cerita mengenai cinta. Cinta pada jalan dakwah dan tarbiah ini. Sebenarnya dari sekolah dulu dah aku berkecimpung dalam dnt ni cuma rasa terjatuh cinta tu takdak la lagi…tapi kasih itu adalah. Dia beza cinta dan kasih nih. Dulu aku buat dakwah, satu sebab tanggungjawab yang aku pikul masa kat sekolah…sebab tanggungjawab itu amanah, jadi aku junjung. Dua, aku percaya duduk dalam jalan dnt nih mampu menyelamatkan aku dari tersasar…tapi sesungguhnya selama tempoh itu aku banyak tersasar, masalah hati kebanyakannya..tapi all praises due to Allah selalu bagi aku cepat sedar. Tiga, sebab aku memang lahir dalam keluarga dnt, and my parents sangat komited dalam kerja nih dan maybe itu penyebab aku macam automatik okay mesti dok dalam dnt jugak hmmm…wallahua’lam ye. Okay cukuplah sebab-sebab tu, tapi sebenarnya banyak je lagi…penat pulak nak tulis semua. Itulah dulu, memang aku jadi penggerak tapi penggerak yang static,lembab,macam lembu dicucuk hidung,tak ikhlas,main-main, ahh semua dunia semata-mata. Aku rasa macam tak layak pun aku kat tempat (kedudukan) tu sebenarnya. Bila difikir-fikir rasa-rasanya usaha, khidmat untuk sekolah aku dulu tu dapat ke pandangan dari Allah SWT. Kehadiran mereka yang memikul satu tugas yang sama ini banyak membantu aku sebenarnya. Ketika aku lupa,tersasar,terjatuh ada yang mengingatkan ada yang menguatkan. Aku sedar, betapa ALLAH sayang kat hambaNya. Selalu dibantunya. Alhamdulillah usaha sahabat seperjuangan dan aku dulu masa kat sekolah berjaya membuahkan hasil. Walau tak banyak, tapi ia berjaya memberi kesan. Benarlah kesabaran membuahkan keikhlasan. Keikhlasan membuahkan satu kepuasan. Tidak keterlaluan jika aku katakan kepimpinan kami membuahkan hasil yang amat baik,drastik untuk sekolah….pujian selayaknya kepada Allah.

Ehh tengok aku dah tersasar keluar tajuk…okk kembali semula. Itulah, ketahuilah semua yang diatas aku buat masih belum boleh buat aku jatuh hati dengan dakwah.jatuh cinta yang betul-betul punya.

Aku nak cerita diri aku sekarang, sejak dua tiga empat menjak masuk pusat asasi dekat dengan UM MAHSA nih…actually before masuk sini, aku banyak muhasabah diri…sikit-sikit kot.entahlahhh. Tapi tulah bila terjebak dengan tempat belajar jiran dengan mahsa nih, sikit demi sedikit lah ia membina aku. Menjadi manusia lebih baik…hamba yang lebih taat. Kat sini aku join usrah, dulu kat sekolah aku kepala usrah…nasihat aku bagi kat orang lain tapi takde siapa nak nasihat aku, tu yang aku rasa macam nasihat aku dulu macam takde roh je.aku fikir begitu ye. Sini, sana sini role model terpacak…pelbagai qudwah hasanah engkau tengok pun ahhhh teruknya aku nih. Terus kau akan fikir, i need to change.for real. Itulah sahabat melambangkan sahabatnya yang lain. Pilihlah mereka yang kau proud to be ur neighbour in jannah kelak. Dan dari situ jugak, self awareness kau akan memuncak tinggi bagai volcana nak meletus. Kau dah takkan risau orang tak bagi kau pengisian…taujihat…tazkirah yang basah lencun, sebab kau tahu kau perlu bergerak sendiri,kau kena usaha sendiri lah….bahan bacaan berlambak, engkau boleh tarbiah diri sendiri dengan bacaan tau.sebab ilmu tu sumber kehidupan. Kau kena tahu yang mereka dalam jalan dnt nih banyak onak dan diri. Tapi ingat mereka yang dah serahkan diri pada Allah bulat-bulat, takkan Allah sia-siakan dia. Dan IKHLAS memang kena jaga aku habaq hang. Kau tak ikhlas memang hanyut lemaslah akhirnya.

Bila aku dah jatuh CINTA dengan dnt nih, semua orang aku lihat…ade je aku nak tarik dia masuk usrah. Kalau dia ade macam buat dosa, cepat-cepat hati ini nak doakan dia…nak tolong dia. But itulah, to start a conversation…sometimes, Allahuakbar, Allah saja yang tau…susah jugak sebenarnya. Jadi the best yang aku boleh buat is dakwah bil hal lah. Diff people diff approach. Sebenarnya kat dunia nih, takde yang sebenarnya betul-betul kenal aku. Frankly i like to be a mystery human.

Cinta dengan dnt nih maksudnya cinta pada Allah. Jadi bila cinta pada Allah, semua benda nak buat apa yang Allah suruh je…sebenarnya aku masih mencuba kearah kesempurnaan ini. Yang pasti aku boleh janji kat kau, hidup pasti lebih tenang, result exam in sya Allah akan menggembirakan, hubungan dengan manusia akan lebih mudah wa ghairuha.

Baiklah cukup di situ perkongsian dari aku. TERUS DOA UNTUK GAZA(palestine),SYRIA,ROHINGYA…DAN MANGSA KEZALIMAN YANG LAIN. Terus terus terus usaha dengan keras sama ada derma,boikot,doa atau ape-ape saja yang membantu sampai keadilan berjaya ditegakkan