Akhirnya Aku Berjaya

Akhirnya Aku Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum,

Hari ini dalam sejarah hidupku, aku berjaya menjalankan tanggungjawab aku sebagai manusia yang prihatin kepada manusia lain. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH YG MAHA BERKASIH SAYANG dapat jugak aku menderma darah. Dulu kat waktu first sem kat Uni aku memang ada. Depa memang buat tiap-tiap sem. Tapi mungkin masa tu takde peluang untuk aku lagi. Aku sangat gembira alhamdulillah ya ALLAH, dapat keluarkan darah dari badan aku untuk maslahat orang lain. Dari situ jugak aku baru tahu aku ni berdarah B…

Sebenarnya setiap pengalaman dalam hidup aku ni, aku aku fikirkan apa yang ALLAH nak ajar aku. Dalam banyak-banyak manusia yang nak derma tu, tak semua yang dapat laksanakan hajat yang murni nih. Kesian aku tengok yang tak dapat tu..antaranya disebabkan faktor tak cukup zat besi(iron), not enough sleep, high blood pressure dan lain-lain. Sesungguhnya dari situ aku dapat belajar setiap perkara ALLAH SWT tentukan. Dan bila bukan semua orang yang dapat lakukan, pasti kerana wujudnya TAPISAN dari ALLAH SWT. Aku dan engkau, semua dalam genggaman ALLAH.

Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya – pada hari kiamat – dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan. (39:67)

Tapi ingatlah seandainya kita berjaya duduk/lepas/terpilih dalam tapisan-tapisan ALLAH tu, ia takkan pernah menjadikan kita lebih baik dari orang lain. Bukan lah tiket untuk kita rasa I AM BETTER THAN YOU, YOU ARE NOT EQUAL WITH ME. Tapi sepatutnya menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur dan berazam untuk membantu manusia lain masuk dalam tapisan ALLAH SWT tu. KIta kena sedar lah segala apa yang Allah anugerahkan semua adalah ujian untuk kita.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’Am ayat 32).

Jadi aku menyeru kepada diri aku dan yang membaca untuk latih diri menjadi sifat pemurah. Dermalah darah kalau berpeluang. Bukan darah je, tenaga kerja, duit dan lain-lain. Cuba bayangkan pengorbanan kita yang sedikit dapat memberi perubahan yang besar untuk hidup orang lain. Biar “Sakit” sikit agar dapat bagi sembuh kat orang lain. IKHLAS KERANA ALLAH SWT, pasti diganjari kat akhirat nanti. in sya ALLAH.

Wassalam. JOM JADI MANUSIA BERMANFAAT!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s