Attachment is not good at ALL

Image

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, good dayy peeps.

Sebenarnya dah lama dah aku nak tulis tentang ni. Tapi tak terbuat-buat jugak kerana mungkin kekangan nafsu yang mengikat. Huh salahkan nafsu pulak kann. Sedangkan aku pemilik nafsu tu. So memang salah AKU lah.

Pertama sekali, adalah attachment to the world…ini haram langsung. Tak boleh langsung melekat pada dunia ni, sekali kau terlekat. You are innalillah. Bila dah kau attach kat dunia yang umpama bangkai nih, binasalah kau kat akhirat nanti.. Bila di dunia, kau buat bukan kerana ALLAH SWT, bila kau letak dunia di hati dan bukan di tangan. Kau akan terus sesat dalam dunia yang penuh muslihat.

DUNIA NI MEMBINASAKAN BUAT MEREKA YANG TIDAK SEDAR DUNIA INI SEMENTARA.

Bila sang ustaz/cikgu/pensyarah/pengajar mengajar kerana mengharapkan recognition manusia,
Bila sang pelajar belajar kerana ingin mendapat gred yang baik,
Bila sang peniaga berniaga hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan,
Bila sang doktor merawat kerana bayarannya,
Bila sang parents berkeluarga kerana hanya untuk mewariskan harta,
Bila sang pemimpin memerintah kerana nikmatnya berada di atas,
dan bila segala sang melakukan bukan kerana ALLAH SWT ALONE.

Bila juga seorang penulis di blog, novel, twitter, facebook dan segala yang melibatkan status menulis kerana nak mengagumkan manusia akan cetusan minda dia…at the end you will be rotten from inside. You are dying eating yourself.

Bahana dunia, jangan terpesona dengan dunia..kita mesti sedar yang kita diciptakan di dunia adalah kerana untuk angakhirat. Kita sewajibnya MESTI yakin yang MATI, ALAM BARZARKH, AKHIRAT ITU WUJUD DAN ALLAH SWT ITU KEKAL SELAMANYA. Dunia yang selama ni kita tatang “bagai nak almari rak” nih, ujian je semata-mata. ALLAH nak uji. Kita kena sedar tu. Nikmat kat dunia ni satu percent je nak dibandingkan dengan yang akan kita dapat nanti di akhirat and same goes to azab lah.

 

Rasulullah s.a.w., pula mengingatkan umatnya mengenai kehidupan dunia dengan hadis yang berikut:

 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ. (مسلم)

137- Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia,  dan khasnya oleh perempuan,  kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.”                                                                                                                                          (Muslim)

Sebuah hadis Aisyah r.a., yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, yang maksudnya menyatakan: Bahawa dunia ialah kampung halaman,  rumah tangga dan hak milik orang yang tidak ada kampung halaman, rumah tangga dan hak milik yang kekal dan orang yang mengumpul-mengumpul mata benda dunia ini dengan tujuan memilikinya semata-mata ialah orang yang tidak sihat akalnya.

Nampak tak orang yang tak sihat akalnya/GILA je yang tergila-gilakan dunia nih. Mereka terlalu asyik bergembira mengumpul dan memiliki mata benda dunia ini, 

Image

Dunia ni hanya satu persinggahan, sementara, permainan dan hiburan. Engkau nak singgah macam mana, nak main style macam mana dan berhibur lagu mana itu kau kena bijak buat. Kalau Engkau nak singgah, singgahlah dengan baik, kutip segala bantuan sebanyaknya untuk di akhirat nanti. Engkau kena bijak….ALLAH dah bagi signs punya banyak, teguran supaya engkau sedar dan ingat. Berhentilah jadi ignorant…it is worthless mannn! The proof is infront of you. The quran banyak kot cerita mengenai dunia dan perjumpaan dengan ALLAH SWT nanti. Kat dunia satu hapak pun bukan kau punya, itu semua pinjaman ALLAH untuk kau sebagai UJIAN. TAQWA DAN AMAL IBADAH sahaja yang mampu tolong kita bila berhadapan dengan ALLAH SWT azza wa jalla.

Disebutkan dalam hadis oleh Abdullah bin Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, maksudnya: “Sesungguhnya yang menjadi hak milik yang sebenar kepada seseorang ialah apa yang ia hantarkan ke khazanah Tuhan melalui satu-satu jalan yang tertentu dengan tujuan menjadi pendahuluan atau simpanan untuk hari akhiratnya.

 

Akhirul kalam, bacalah ayat di bawah nih…hadamlah sungguh-sungguh, ALLAH berfirman:

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

86. mereka itulah orang-orang Yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (albaqarah : 86)

 

 

Quran, Yunus, Ayat 7

 

Quran, Yunus, Ayat 8

 

7. Sesungguhnya orang-orang Yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan Yang reda (berpuashati) Dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang Yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) kami, –

8. mereka Yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan Yang mereka telah lakukan. (yunus : 7 & 8)

 

Moga saya dan awak-awak berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Fikir jauh sebelum nak buat apa-apa sama ada ini akan membantu aku atau tidak bila berhadapan dengan Allah kelak. Moga kita semua ALLAH redha. Barakallahu feekum. Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s