Cinta Dakwah dan Tarbiah

Image

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum….

Mohon maaf di atas segala salah dan silap yang mungkin sengaja atau tidak dilakukan. Moga Allah berkenan mengampunkan aku. HambaMu yang setiap hari buat dosa…Allahu rabbi. Astaghfirullah.

Kali ni aku nak cerita mengenai cinta. Cinta pada jalan dakwah dan tarbiah ini. Sebenarnya dari sekolah dulu dah aku berkecimpung dalam dnt ni cuma rasa terjatuh cinta tu takdak la lagi…tapi kasih itu adalah. Dia beza cinta dan kasih nih. Dulu aku buat dakwah, satu sebab tanggungjawab yang aku pikul masa kat sekolah…sebab tanggungjawab itu amanah, jadi aku junjung. Dua, aku percaya duduk dalam jalan dnt nih mampu menyelamatkan aku dari tersasar…tapi sesungguhnya selama tempoh itu aku banyak tersasar, masalah hati kebanyakannya..tapi all praises due to Allah selalu bagi aku cepat sedar. Tiga, sebab aku memang lahir dalam keluarga dnt, and my parents sangat komited dalam kerja nih dan maybe itu penyebab aku macam automatik okay mesti dok dalam dnt jugak hmmm…wallahua’lam ye. Okay cukuplah sebab-sebab tu, tapi sebenarnya banyak je lagi…penat pulak nak tulis semua. Itulah dulu, memang aku jadi penggerak tapi penggerak yang static,lembab,macam lembu dicucuk hidung,tak ikhlas,main-main, ahh semua dunia semata-mata. Aku rasa macam tak layak pun aku kat tempat (kedudukan) tu sebenarnya. Bila difikir-fikir rasa-rasanya usaha, khidmat untuk sekolah aku dulu tu dapat ke pandangan dari Allah SWT. Kehadiran mereka yang memikul satu tugas yang sama ini banyak membantu aku sebenarnya. Ketika aku lupa,tersasar,terjatuh ada yang mengingatkan ada yang menguatkan. Aku sedar, betapa ALLAH sayang kat hambaNya. Selalu dibantunya. Alhamdulillah usaha sahabat seperjuangan dan aku dulu masa kat sekolah berjaya membuahkan hasil. Walau tak banyak, tapi ia berjaya memberi kesan. Benarlah kesabaran membuahkan keikhlasan. Keikhlasan membuahkan satu kepuasan. Tidak keterlaluan jika aku katakan kepimpinan kami membuahkan hasil yang amat baik,drastik untuk sekolah….pujian selayaknya kepada Allah.

Ehh tengok aku dah tersasar keluar tajuk…okk kembali semula. Itulah, ketahuilah semua yang diatas aku buat masih belum boleh buat aku jatuh hati dengan dakwah.jatuh cinta yang betul-betul punya.

Aku nak cerita diri aku sekarang, sejak dua tiga empat menjak masuk pusat asasi dekat dengan UM MAHSA nih…actually before masuk sini, aku banyak muhasabah diri…sikit-sikit kot.entahlahhh. Tapi tulah bila terjebak dengan tempat belajar jiran dengan mahsa nih, sikit demi sedikit lah ia membina aku. Menjadi manusia lebih baik…hamba yang lebih taat. Kat sini aku join usrah, dulu kat sekolah aku kepala usrah…nasihat aku bagi kat orang lain tapi takde siapa nak nasihat aku, tu yang aku rasa macam nasihat aku dulu macam takde roh je.aku fikir begitu ye. Sini, sana sini role model terpacak…pelbagai qudwah hasanah engkau tengok pun ahhhh teruknya aku nih. Terus kau akan fikir, i need to change.for real. Itulah sahabat melambangkan sahabatnya yang lain. Pilihlah mereka yang kau proud to be ur neighbour in jannah kelak. Dan dari situ jugak, self awareness kau akan memuncak tinggi bagai volcana nak meletus. Kau dah takkan risau orang tak bagi kau pengisian…taujihat…tazkirah yang basah lencun, sebab kau tahu kau perlu bergerak sendiri,kau kena usaha sendiri lah….bahan bacaan berlambak, engkau boleh tarbiah diri sendiri dengan bacaan tau.sebab ilmu tu sumber kehidupan. Kau kena tahu yang mereka dalam jalan dnt nih banyak onak dan diri. Tapi ingat mereka yang dah serahkan diri pada Allah bulat-bulat, takkan Allah sia-siakan dia. Dan IKHLAS memang kena jaga aku habaq hang. Kau tak ikhlas memang hanyut lemaslah akhirnya.

Bila aku dah jatuh CINTA dengan dnt nih, semua orang aku lihat…ade je aku nak tarik dia masuk usrah. Kalau dia ade macam buat dosa, cepat-cepat hati ini nak doakan dia…nak tolong dia. But itulah, to start a conversation…sometimes, Allahuakbar, Allah saja yang tau…susah jugak sebenarnya. Jadi the best yang aku boleh buat is dakwah bil hal lah. Diff people diff approach. Sebenarnya kat dunia nih, takde yang sebenarnya betul-betul kenal aku. Frankly i like to be a mystery human.

Cinta dengan dnt nih maksudnya cinta pada Allah. Jadi bila cinta pada Allah, semua benda nak buat apa yang Allah suruh je…sebenarnya aku masih mencuba kearah kesempurnaan ini. Yang pasti aku boleh janji kat kau, hidup pasti lebih tenang, result exam in sya Allah akan menggembirakan, hubungan dengan manusia akan lebih mudah wa ghairuha.

Baiklah cukup di situ perkongsian dari aku. TERUS DOA UNTUK GAZA(palestine),SYRIA,ROHINGYA…DAN MANGSA KEZALIMAN YANG LAIN. Terus terus terus usaha dengan keras sama ada derma,boikot,doa atau ape-ape saja yang membantu sampai keadilan berjaya ditegakkan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s