Cemburu Dalam Ukhuwah

Image

Bismillahirahmnanirrahim.

Assalamualaikum,

Tadi aku bersiar-siar kat google chrome selepas makan asam yang masam sambil mencari bahan untuk kawan aku untuk dia punya assignment. Maka takdir Allah, dipertemukan aku dengan satu web ni yakni I LUV ISLAM. Hati sedikit tersentap, tapi sentapan tema kasih sayang insya Allah. Ni lah ayat yang jadikan aku terfikir tentang masa lalu(takde la lalu sangat pun sebenarnya)..ehem, ehem.

 

(WARNING!!! BERIKUT ADALAH DARI,milik ALLAH CUMA TELAH DIILHAMKAN KEPADA SEORANG PENULIS, yang pasti bukan akulah),

 

“Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..”

 

Ye memang pendek coretan dia tapi kesan untuk aku panjang. Ia membuatkan aku terfikir, ye memang ada betulnya kat situ. Kau pernah rasa ukhuwah seperti ini…seperti engkau dah jumpa soul mate, kawan sejati, memang dia tercipta untuk kau, hidup tidak berseri tanpa dia and la la la la~~~ (PERHATIAN! ukhuwah yang aku cuba nak tekankan kat sini adalah SESAMA JANTINA TAU).

 

Pernah tak? Pernah tak? Mesti pernah….. Okay jangan menipu diri sendiri tau. Allah nampak tu.

 

Hubungan ukhuwah yang antum antunna sebutkan atas dasar fillah tu. Ye ukhuwah fillah. Berhubungan, bersaudara kerana Allah. ok STOP! rasa macam tak inline pulak ayat aku nih…takpelah asalkan tak lari tajuk. ok sambung sambung…..

 

Sebenarnya seberapa banyak dari kita yang selama ini dok laung uhibbuki fillah uhibbuka fillah uhibbukum fillah, betul-betul faham betul betul memaknai maksud ukhuwah fillah tu. Kadang ada yang tersasar dalam hubungan….heyy bukan jadi homo atau les tau, itu HARAM!!! Yakni tersasar, tergelincir dalam ukhuwah bermaksud you take the person as your’s. You ambik that person as your property. hak muktamad ! Siap doa lagi ya Allah letakkanlah kami satu sekolah, satu university, satu usrah, satu tempat kerja ahh dan segala serbi satulah…Alhamdulillah la bukan satu suami.hihi.

Ye aku pun pernah macam tu dulu. Hubungan ukhuwah fillah in bracket tu akan sampai klimaks bila datang orang kedua atau ketiga atau juga keempat dalam hidup antara antum berdua. Mulalah rasa tak senang duduk, bila si dia mesej org lain lebih dari kau, bila si dia jumpa org tu lebih dari engkau sendiri, sembang dgn org lain lebih byk jam dari kau, dan segala-galanya lebih dari kau. Kau rasa kau telah dikhianati. Dan mulalah kau bawa diri terus mengutuk secara monolog kenapalah Allah temukan aku dengan dia…dia bukan sayang kat aku pun. Tengok sekarang bila dah jumpa orang lain, aku disisihkan.(SEBENARNYA kau yang perasan lebih, dia tak sisihkan kau cuma masa dia diperlukan untuk orang lain). And again kita kembali kepada ukhuwah fillah yang sebenar. Bila dikatakan KERANA ALLAH, maka by hook or by crook anything happens you kena redha. Mencintai, menyayangi tu biarlah bersederhana. Tapi kalau masuk bab rasulullah SAW dan ALLAH SWT…sila semaksima mungkin.CINTA.SAYANG.

 

Lebih-lebih bila dalam arena dakwah ni, hati tu mudah sangat tertaut antara akhawat dengan akhawat dan ikhwah dengan ikhwah. Mudah sangat. Benarlah bila disebut kerana Allah pastikan akan dipermudahkan. Alhamdulillah. Cuma perlu selalu ingat ye manusia datang dan pergi dan kita tiada hak untuk kata dia milik kita. Dia milik ALLLAH. Betulkan niat balik bila dah kata ini ukhuwah kerana Allah. Bila kata kerana Allah, pastilah ALLAH jadi tunjangnya. Serba serbi Allah. Jangan cepat menggelupur bila ade tragedi perasaan berlaku, kembali pada Allah…muhasabah diri, kenapalah Allah hantar manusia ini kepada aku?  MANUSIA BUKAN MILIK SESIAPA MELAINKAN MILIK ALLAH. “MELAKAR CINTA ALLAH MELALUI MANUSIA.”

 

WASSALAM.

 

p/s Aku sendiri pernah terjebak dalam situasi di atas dulu. Siang malam asyik ingat kat dia…ya Allah memang cukup sayanglah aku katakan. Macam kau rasa dia milik kau seorang. Segala masalah suka dan duka terasa nak cerita kat dia. Kau terasa dia seoranglah yang mampu sentuh hati kau dan bla bla bla. Tapi alhamdulillah perasaan aku dan lama sebab benarlah orang kata cinta kasih sayang tak jadi kalau bertepuk sebelah tangan. Itulah yang berlaku kat aku, aku tak zahirkan pun rasa sayang aku…simpan dalam hati. Aku dapat rasakan yang dia jugak ada perasaan sama macam aku. Tapi dua-dua malu-malu kucing atau aku dilihat sangat firm dan perasaan2 itu bukan mainan aku? atau? wallahua’lam. Tapi we are still friends cuma perasaan sebenar tu ALLAH SWT yang tahu. Heyy…! i talk about sayang sesama jantina je tau dan ia tak melebihi apa yang ALLAH SWT dan ar-Rasul SAW ajarkan. And as time passed, alhamdulillah perasaan pada si dia yang Allah temukan dengan bersebab tu faded away…taklah kuat sangat, You know cinta Allah nilai dia tinggi dan sangat bernilai. Kejar itu ye!

 

Image

Advertisements

One thought on “Cemburu Dalam Ukhuwah

  1. aisya humaira says:

    seriously interesting!!! and awesome!!
    barakaAllah yaa ukhti ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s