Bahagia Kita Di Sini….Satu Renungan

IMG-20140107-WA0001

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku lihat dunia. Bukak facebook, twitter, baca sekadarnya…baca berita pula. Teruk dunia kita ni. Teruk sangat wehh. Rasa biasa je? Memanglah sebab jasad anda minda anda fikiran anda tertakluk pada keadaan di Malaysia je. Aku nasihat banyakkan membaca. Paling sedih, umat Islam sebenarnya. Aku rasa mostly negara islam berantakan. Luaran dan dalaman. Kalau bukan masalah negara, masalah pemuda dia. Bila pemuda sesuatu negara itu rosak, maka tunggulah masa depan negara tu.

Aku sedih melihat suriah, setiap hari, tak kira muda tua kanak-kanak habis dibunuh tentera Assad Laknatullah. Aku lihat Falastin, sampai la nie, masih dijajah Zionis Laknatullah dan sekutunya. Aku lihat pula mesir, Allahu rabbi…inilah harga yang perlu dibayar demi islam ditegakkan semula. Masya Allah, Allahu Akbar, Allah memang sedang menguji hamba-hambaNya. Siapa nak selamatkan mereka dan kita, tak tengok lagi orang-orang Rohingya, kehidupan rakyat belah Afrika sana. Saban hari, bergaduh dan bergaduh. Bunuh sana bunuh sini. Cuba baca tentang pakistan afghanistan, sampai bila depa ni nak duduk bawah telunjuk US partly laknatullah. Malaysia pun sama. Alhamdulillah kita tak sampai lagi ke tahap bunuh sana sini semberono. Tapi tengok pada akhlak kita, penghayatan Islam dalam hidup kita. Sedih aku. Sedih dengan diri sendiri sedih tengok orang lain jugak. Persoalan, sampai bila kita nak duduk dalam keadaan hina ini. Kita yang dulu adalah singa di medan perang dan rahib di malam hari, Islam hebat, Islam takluk itu dan ini, Islam penuh kebaikan kasih sayang kebijaksanaan kemajuan kehebatan. Allah Maha Hebat, menghantar seorang rasulullah SAW yang hebat, berjaya melahirkan para sahabat yang super saiya, tabi’ tabieen yang mewarisi kehebatan itu. Membebaskan Masjid alAqsa, konstantinopel dari genggaman kuffar. Lihatlah kita sekarang, dipijak-pijak bagai tiada nilai. Ya Allah ya rabbi ya raheem ya rahman. Sampai bila kami akan betul sedar dengan ketenatan umat islam ini?
Bantulah kami, jangan biarkan kami menzalimi diri sendiri dan orang lain. Kuatkan kami. Tunjukkan kami. Sedarkan kami sebelum segala-galanya tidak berguna lagi. Ya Allah golongkan kami dalam golongan hambaMu yang membantu agama suci Mu ini TT.TT .

Tak mampu lagi rasanya, saban hari nak melihat gambar-gambar sedih menyayat hati. Cukuplah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s