Bahagia Kita Di Sini….Satu Renungan

IMG-20140107-WA0001

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku lihat dunia. Bukak facebook, twitter, baca sekadarnya…baca berita pula. Teruk dunia kita ni. Teruk sangat wehh. Rasa biasa je? Memanglah sebab jasad anda minda anda fikiran anda tertakluk pada keadaan di Malaysia je. Aku nasihat banyakkan membaca. Paling sedih, umat Islam sebenarnya. Aku rasa mostly negara islam berantakan. Luaran dan dalaman. Kalau bukan masalah negara, masalah pemuda dia. Bila pemuda sesuatu negara itu rosak, maka tunggulah masa depan negara tu.

Aku sedih melihat suriah, setiap hari, tak kira muda tua kanak-kanak habis dibunuh tentera Assad Laknatullah. Aku lihat Falastin, sampai la nie, masih dijajah Zionis Laknatullah dan sekutunya. Aku lihat pula mesir, Allahu rabbi…inilah harga yang perlu dibayar demi islam ditegakkan semula. Masya Allah, Allahu Akbar, Allah memang sedang menguji hamba-hambaNya. Siapa nak selamatkan mereka dan kita, tak tengok lagi orang-orang Rohingya, kehidupan rakyat belah Afrika sana. Saban hari, bergaduh dan bergaduh. Bunuh sana bunuh sini. Cuba baca tentang pakistan afghanistan, sampai bila depa ni nak duduk bawah telunjuk US partly laknatullah. Malaysia pun sama. Alhamdulillah kita tak sampai lagi ke tahap bunuh sana sini semberono. Tapi tengok pada akhlak kita, penghayatan Islam dalam hidup kita. Sedih aku. Sedih dengan diri sendiri sedih tengok orang lain jugak. Persoalan, sampai bila kita nak duduk dalam keadaan hina ini. Kita yang dulu adalah singa di medan perang dan rahib di malam hari, Islam hebat, Islam takluk itu dan ini, Islam penuh kebaikan kasih sayang kebijaksanaan kemajuan kehebatan. Allah Maha Hebat, menghantar seorang rasulullah SAW yang hebat, berjaya melahirkan para sahabat yang super saiya, tabi’ tabieen yang mewarisi kehebatan itu. Membebaskan Masjid alAqsa, konstantinopel dari genggaman kuffar. Lihatlah kita sekarang, dipijak-pijak bagai tiada nilai. Ya Allah ya rabbi ya raheem ya rahman. Sampai bila kami akan betul sedar dengan ketenatan umat islam ini?
Bantulah kami, jangan biarkan kami menzalimi diri sendiri dan orang lain. Kuatkan kami. Tunjukkan kami. Sedarkan kami sebelum segala-galanya tidak berguna lagi. Ya Allah golongkan kami dalam golongan hambaMu yang membantu agama suci Mu ini TT.TT .

Tak mampu lagi rasanya, saban hari nak melihat gambar-gambar sedih menyayat hati. Cukuplah!

Hidup sebagai Pengembara

Hidup sebagai Pengembara

Bismillahirrahmanirraheem.

Setelah sekian lama tak berupdate blog ni, bertahun berlalu. Ye aku tahu blog ini tiada yang baca, memang itu tujuan aku. Blog ni sekadar tempat meluahkan kata dan rasa(maaf tak reti mengayat-ayat ni). Tanpa perlu orang lain menyedarinya. Ini sekadar menyedarkan aku, dengan penulisan ini. Macam-macam yang telah berlaku dalam hidup aku. Macam sampan di lautan yang bertahun-tahun berlayar dan masih belum sampai ke pesisir pantai. Akan terus berlayar….

Gambar di atas, adalah di pantai Cherating berhadapan Hotel Bay-View. Cantikkan? itulah ALLAH. Model manusia dalam tu, abah and auni.

MAN U and ME

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum.

Kenapa tajuk dia manchester united dan aku? Sebab ALLAH dah ilhamkan untuk aku tulis tajuk ni lah..hehe.

Sebenarnya dulu aku taklah suka sangat kat bola nih tapi mungkin pengaruh ayah aku yang minat bola tapi bukan tahap gila berjaya mengesani aku. Aku dan family semua minat man u nih. Okay dengan izin Allah bukanlah aku nak membuang masa dengan menulis benda yang mungkin awak-awak rasa tak bermanfaat, tapi sebelum apa-apa aku nak cerita pandangan aku pasal bola nih.

Bagi aku sejujurnya pemain atau yang lebih layak coach dia sebenarnya adalah dari kalangan manusia yang bijak. Aku tengok contoh MAN U main memang magnificent. Lawa hantaran dorang. Macam mana mereka boleh bajet nak hantar bola takat mana jauh mana kuat mana supaya hantaran kepada rakan sepasukan tak tersasar. Oh ini memang menakjubkan kalau dalam bab bola ni la. Yang lain biasa je. Aku percaya manusia-manusia yang ALLAH ilhamkan kebolehan kepandaian bermain dan mengurus bola nih memang patut bersyukur. Tak semua mampu. Tapi aku percaya segala kebolehan tu kalau tak di practice memang tak kemana. OKEH HONESTLY I AM LOSING MY WORD. Ya ALLAH ampuni lah hamba ini. Sayangnya kat Allah.

Si kucing yang comel.

Si kucing yang comel.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,

Kucing adalah antara makhluk Allah yang amat aku sayang. Aku sebenarnya hairan kenapa manusia sanggup berlaku kejam dengan kucing yang super cute ni.

Rasulullah SAW pun sayang kat kucing, para sahabat pun sama.

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),”

[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya.
Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai “Abu Hurairah” yang beerti “Bapa anak-anak kucing” kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

(sumber universiti malaysia kelantan)

Jadi janganlah sesenang hati je buang atau pukul atau kurung kucing yang mungkin ada membuat sesuatu yang kita tidak suka. Janganlah menjadi penambah statistik homeless cat kat luar tu. Kasihanilah mereka. Moga ALLAH memberkati dan meredhai awak-awak semua.